• Azizulhasni Pecah Rekod Asia Acara Pecut

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    NILAI - Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang berjaya memecahkan rekod Asia pada aksi kelayakan pecut lelaki individu, Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2018 yang berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan sebentar tadi

    Pelumba berusia 30 tahun itu memadamkan rekod pelumba Jepun, Nitta Yudai 9.843 saat (s) yang dilakarkan pada kejohanan Piala Trek Asia tahun lalu apabila menamatkan saingan dengan catatan 9.774s.

    Menurut pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia sama sekali tidak menyangka akan melakarkan catatan terpantas pada acara tersebut.

    "Saya hanya sasaran catatan 9.8s, tetapi tidak sangka dapat meleburkan rekod kebangsaan serta Asia," katanya ketika ditemui Kosmo!.

    Persaingan untuk merebut tempat ke acara final masih diteruskan ketika ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Azizulhasni Pecah Rekod Asia Acara Pecut "