• Aubameyang Sertai Arsenal Kerana Mkhirtaryan

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang berkata, peluang untuk bersatu semula dengan Henrikh Mkhitaryan menjadi faktor utama dia membuat keputusan menyertai Arsenal.

    Penyerang Arsenal itu menjadi rekod perpindahan termahal kelab apabila menyertai dengan jumlah 56 juta pounds (RM304 juta) daripada Borussia Dortmund seminggu selepas Mkhitaryan tiba.

    Pasangan tersebut mempunyai keserasian ketika pernah bermain bersama Dortmund malah Aubameyang berbincang terlebih dahulu dengan pemain Armenia itu sebelum bersetuju untuk berhijrah.

    “Dia menelefon saya beberapa kali bertanya, ‘Awak akan datang atau tidak?’ Saya katakan kepada dia, ‘Pertama sekali beritahu saya sama ada awak telah menandatangani atau belum.’

    “Dia memberitahu saya semuanya telah selesai dan itu adalah faktor utama saya berada di sini,” kata Aubameyang. - AGENSI

    Subjects:

  • No Comment to " Aubameyang Sertai Arsenal Kerana Mkhirtaryan "