• Atur Perlawanan Babitkan Pemain Sarawak, SPRM Akan Ambil Tindakan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+

    Dakwaan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berhubung isu mengatur perlawanan membabitkan pasukan Sarawak FA mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tindakan bakal diambil.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pemangku Pengarah SPRM Sarawak, Zulhairy Zaidel berkata, SPRM Sarawak sudah menerima maklum berhubung perkara tersebut.

    "Kita akan mengambil tindakan dan menjalankan siasatan berhubung dakwaan FAS terdapat isu mengatur perlawanan bola sepak pasukan mereka.

    "Mereka telah mengeluarkan kenyataan media beberapa hari lalu, justeru kita akan mengambil tindakan dalam masa terdekat," katanya.

    Zulhairy bagaimanapun engan mengulas lanjut berhubung perkara itu sehingga siasatan dijalankan.

    Sebelum ini, Presiden FAS Dato Posa Majais mengarahkan agar siasatan dalaman dijalankan dan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang persatuan diambil.

    Ia ekoran kekalahan mengejut Sarawak 3-2 kepada Felcra FC di Stadium Negeri Sabtu lalu walaupun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

    "Persatuan (FAS) memandang serius isu salah laku sedemikian malah akan mengantung khidmat pemain sekiranya didapati bersalah," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Atur Perlawanan Babitkan Pemain Sarawak, SPRM Akan Ambil Tindakan "