• Atur Perlawanan: 2 Pemain Sarawak Dicekup SPRM, Direman Hari Ini

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Sekurang-kurangnya dua pemain skuad Liga Premier Sarawak telah dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan ‘mengatur perlawanan’ dalam pertemuan dengan Felcra United FC pada Sabtu lalu.

    Sumber SPRM memberitahu, kedua-dua pemain berkenaan, pemain anak tempatan yang telah berada dalam pasukan sejak dua musim lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah pagi ini untuk permohonan perintah reman.

    Pemain-pemain ini dikatakan menjadi ‘dalang’ Sarawak tumpas 3-2, keputusan yang tidak dapat diterima akal kerana mendahului 2-0 untuk 84 minit masa perlawanan.

    Susulan kekalahan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais telah mengarahkan pengurus pasukan, Kol (PA) Wahab Abdul Rahim melancarkan siasatan dalaman terhadap pasukannya.

    Malah beliau juga meminta SPRM membantu menangani kes ini.

    SPRM pada minggu lalu mengesahkan pihaknya telah mula bertindak terhadap maklumat tersebut.

    FAS merupakan antara organisasi yang telah mengikrarkan bebas rasuah, beberapa minggu sebelum aksi liga bermula. - Sarawakvoice

    Subjects:

  • No Comment to " Atur Perlawanan: 2 Pemain Sarawak Dicekup SPRM, Direman Hari Ini "