• Anyi Serah Nasib Kepada Kepimpinan BN

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    "Saya menyerahkan kepada kepimpinan Parti Progresif Demokratik (PDP) dan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan nasib saya," kata Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau sama ada dicalonkan kembali atau tidak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Anyi berkata, beliau menyerahkan kepada PDP untuk memutuskan calon yang mewakili BN di Baram.

    Beliau melahirkan keyakinan kepimpinan peringkat negeri dan persekutuan akan memastikan individu dicalonkan merupakan calon boleh menang dari BN.

    "Saya percaya parti dan agensi berkaitan yang berada di lapangan mengenalpasti calon boleh menang.

    "Apa yang lebih penting BN menang dengan majoriti lebih besar," ujarnya.

    Dalam perkembangan sama, Anyi percaya sokongan padu penduduk Baram akan diterjemahkan kepada undi untuk BN.

    "Saya berharap penduduk di kawasan ini membuat keputusan bijak dengan memilih pemimpin yang boleh memembawa pembangunan kepada mereka," jelasnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Anyi Serah Nasib Kepada Kepimpinan BN "