• Anifah kunjungan hormat Pemerintah Emeriah Ras Al Khaimah

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+
    PUTRAJAYA 15 Feb. - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemerintah Emeriah Ras Al Khaimah Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Saud Saqr Al Qasimi semalam.

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, kunjungan hormat itu berlangsung di Istana Khuzam bersempena lawatan kerja sehari Menteri Luar ke Emiriah Ras Al Khaimah UAE.

    Menurut kenyataan itu lagi, semasa pertemuan berkenaan, Menteri Luar menyampaikan salam daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    “Dalam pertemuan hampir sejam, banyak perkara melibatkan kepentingan bersama dibincangkan termasuk perkembangan hubungan dua hala antara dua negara, isu semasa rantau Asia dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

    “Semasa pertemuan itu, beliau merakamkan penghargaan Kerajaan Malaysia atas bantuan diberikan Pemerintah Emiriah Ras Al Khaimah dan semangat persaudaraan serta kepercayaan ditunjukkan Kerajaan UAE dalam membantu menyelesaikan isu penahanan warga Malaysia, Richard Lau,” kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Anifah kunjungan hormat Pemerintah Emeriah Ras Al Khaimah "