• Angka Korban Kebakaran Terburuk Dalam 15 Tahun

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+
    SEOUL: Jumlah kematian akibat kebakaran hospital bulan lalu meningkat kepada 43 orang hari ini, menjadikan ia kebakaran terburuk dalam tempoh 15 tahun.

    Pihak berkuasa tempatan berkata, dua mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 80-an yang dirawat di hospital lain susulan kebakaran itu meninggal dunia akibat kecederaan parah, hari ini.

    Kebakaran terbabit mencederakan 149 orang, dengan seorang mangsa masih berada dalam keadaan kritikal sehingga hari ini.

    Tragedi pada 26 Januari lalu itu membabitkan sebuah pusat perubatan setinggi enam tingkat di Miryang.

    Jumlah kematian terkini itu mengatasi bilangan 40 mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah gudang di Incheon pada 2008.

    Ia adalah kebakaran terburuk di Korea Selatan ketika ini selepas serangan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Daegu pada 2003 yang meragut 192 nyawa.

    Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kebakaran di Miryang namun siasatan awal mendapati ia mungkin diakibatkan oleh sistem pendawaian di bahagian siling. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Angka Korban Kebakaran Terburuk Dalam 15 Tahun "