• Anak Gui Minhai Desak Ambil Tindakan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    HONG KONG: Anak perempuan kepada penerbit buku Gui Minhai yang hilang di China hujung bulan lalu bimbang mungkin tidak dapat bertemu ayahnya lagi dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan.

    Minhai, 53 ditahan dalam kereta api menuju ke Beijing dua minggu lalu ketika ditemani dua diplomat Sweden.

    Anaknya, Angela Gui, 23 memberitahu AFP bahawa dia tidak mendengar sebarang berita daripada ayahnya sejak itu dan tidak tahu di mana dia berada.

    "Terdapat pelbagai senario dahsyat yang mungkin berlaku," katanya yang sedang menuntut di London.

    Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) menggesa pembebasan serta merta Minhai dan kehilangannya mencetuskan jurang diplomatik antara Stockholm dan Beijing.

    Minhai, warga Sweden yang dilahirkan di China adalah salah seorang dari lima penerbit buku yang berpangkalan di Hong Kong dan terkenal kerana menerbitkan pelbagai naskhah lucah mengenai kehidupan ahli politik elit China. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Gui Minhai Desak Ambil Tindakan "