• Amaran Cuaca Waspada Peringkat Kuning Bermula Hari Ini Hingga Rabu

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    KUCHING - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning berikutan jangkaan hujan lebat di negeri ini bermula hari ini hingga Rabu.

    Jurucakap Sekretariat Jawatakuasan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, dalam tempoh tersebut hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Kapit (daerah Song, Kapit serta Belaga).

    “Sehubungan itu semua Bilik Operasi Bencana Bahagian bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sebagai tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir dan tanah runtuh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

    Beliau berkata, Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi menerusi talian 082-443991/446991, nombor faksimili 082-442730 dan e-mel jpbn@sarawak.gov.my. - Bernama
  • No Comment to " Amaran Cuaca Waspada Peringkat Kuning Bermula Hari Ini Hingga Rabu "