• Aliff Syukri Bakal Undang 20 Peminat Ke Mahligainya

    Published: Sunday, 25 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Hanpir 80 peratus kediaman baharunya siap untuk dihuni, Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur hajat untuk mendiami banglo mewah itu akan menjadi kenyataan dalam masa beberapa minggu lagi.

    Berkata kepada Utusan Online, bintang filem Badang itu mengakui, dia serta ahli keluarganya berasa teruja dan tidak sabar untuk berpindah ke mahligai yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu.

    “Sudah lama saya impikan rumah sebesar ini dan macam tak percaya, impian tersebut bakal direalisasikan dalam masa terdekat.

    “Bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah bukti hasil kerja keras saya selama ini. Pada masa yang sama, pencapaian ini untuk dijadikan inspirasi kepada semua.

    “Angan-angan itu percuma. Jadi, selagi boleh berangan, apa salahnya jika disertakan dengan doa dan usaha untuk menjadikannya realiti,” katanya.

    Tambah usahawan kosmetik itu lagi, sejurus siap rumah yang dinamakan Palace of Aliff Syukri tersebut, dia ingin mengundang 20 peminat bertuah sebagai tetamu istimewa untuk sama-sama meraikan kejayaannya.

    Menurutnya, kerja-kerja akhir untuk menghias bahagian dalaman rumah sedang giat dilakukan dan dijangka selesai kurang dari sebulan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Aliff Syukri Bakal Undang 20 Peminat Ke Mahligainya "