• Alexander Bakal Ganti Rundi Sebagai Setiausaha Agung PBB

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Nama Datuk Alexander Nanta Linggi kini disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Seri Stephen Rundi Utom sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Ini kerana Rundi akan memegang jawatan baharu sebagai naib presiden PBB (Pesaka) bersama Datuk Gerawat Gala dan Datuk Roland Sagah selepas menang tanpa bertanding.

    Alexander dilihat mempunyai kemampuan bukan sahaja berkhidmat sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan tetapi mempunyai pengalaman luas bersama PBB.

    Menurut sumber, Alexander mempunyai kelebihan dan kemampuan tersendiri dan besar kemungkinan beliau akan dilantik menjadi setiausaha agung yang baharu.

    "Pengalaman luas bersama PBB memungkinkannya untuk dilantik ke jawatan ini.

    "Segala keputusan akan dibuat nanti. Kita tunggu dan lihat," katanya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Alexander Bakal Ganti Rundi Sebagai Setiausaha Agung PBB "