• Aktor John Mahoney Meninggal Dunia Pada Usia 77

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    CHICAGO: Aktor John Mahoney yang melakonkan watak ayah 'tidak masuk akal' dalam sitkom televisyen, Frasier meninggal dunia di sini, pada usia 77 tahun, kata syarikat teaternya, semalam.

    Mahoney memegang peranan ikonik, Martin Crane untuk sebelas musim sitkom popular itu sehingga tahun 2004. Beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk pencalonan untuk anugerah Emmys dan Golden Globes.

    Pengurusnya, Paul Martino memberitahu laman web hiburan, Variety, pelakon itu meninggal dunia pada Ahad di pusat penjagaan hospice di Chicago.

    Menurut Variety, aktor berkarektor itu dilahirkan di England namun berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 19 tahun untuk menjadi tenaga pengajar bahasa Inggeris di sebuah kolej di Illinois.

    Beliau bermastautin paling lama di Chicago namun pernah memberitahu paling bahagia ketika tinggal di Windy City.

    "Karier seni John Mahoney bermula di Chicago," kata Datuk Bandar Rahm Emanuel dalam ucapannya bagi mengenang aktor itu.

    "Meskipun namanya mula masyhur di filem dan televisyen, John kekal menjalinkan hubungan baik dengan industri seni di Chicago. Beliau akan dirindui dan karya seninya akan kekal dikenang hingga generasi mendatang," katanya.

    Kerjaya seni Mahoney bermula lewat iaitu ketika usianya mencecah 40 an pada penghujung 1970 an, selepas rakan pelakonnya, John Malkovich dan Gary Sinise mempelawa beliau menyertai syarikat teater Steppenwolf yang ketika itu baharu ditubuhkan, lapor Chicago Tribune.

    Sepanjang pembabitannya dalam seni, Mahoney muncul dalam lebih 30 produksi teater selain membintangi puluhan filem serta drama antaranya, The American President, Moonstruck, Say Anything manakala kali terakhir, menjayakan drama bersiri Foyle's War yang ditayangkan pada 2015.

    Beliau diberi pelbagai penghargaan termasuk anugerah Tony dan trofi Screen Actors Guild. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Aktor John Mahoney Meninggal Dunia Pada Usia 77 "