• Air Naik Di Mukah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    Seramai 167 penduduk mula dipindahlan ke tiga pusat pemindahan sementara berikutan banjir mula melanda beberapa kawasan di Bahagian Mukah, malam tadi.

    Pemangku Timbalan Residen Mukah, Safri Saili berkata, antara pusat pemindahan dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Parish Balingian, Dewan Suarah Mesra Mukah dan Dewan Masyarakat Kuala Balingian.

    "SK St Parish ketika ini menempatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 104 penduduk, diikuti Dewan Masyarakat Kuala Balingian (60 mangsa), manalala Dewan Suarah Mesra Mukah (3 mangsa)," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

    Safri ketika mengulas lanjut berkata, pihaknya memantau rapi perkembangan banjir di kawasan berkenaan yang ketika ini tidak menunjukkan trend surut.

    Malah, katanya, keadaan dijangka berlarutan berikutan hujan lebat dijangka melanda kawasan itu sepanjang minggu ini.

    Ditanya mengenai penduduk berisiko tinggi di beberapa kawasan rendah lain, termasuk Tanjong Pedada, beliau menjelaskan pihaknya turut membuat pemantauan di sana.

    Bagaimanapun, belum ada kes pemindahan dilakukan membabitkan penduduk di Tanjong Pedada sehingga malam tadi.

    Berhubung bantuan keperluan asas, pihaknya akan menyalurkannya secepat mungkin selepas mendapat maklumat lengkap daripada pihak berkaitan.

    "Kita akan salurkan bantuan sesegera mungkin terhadap mangsa-mangsa terjejas banjir setelah mendapatkan maklumat lengkap," katanya.

    Sementara itu, beliau mengesahkan tiada pusat pemindahan dibuka untuk kawasan Dalat, Matu dan Daro setakat ini.-myMetro

  • No Comment to " Air Naik Di Mukah "