• Air Jampi Untuk Nur Aina

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    PORT DICKSON: Polis merampas bekas air kononnya mengandungi air jampi yang digunakan suspek untuk 'mengubati' anaknya, Nur Aina Nabihah, yang maut didera, pada Rabu lalu.

    Ketua Polis Daerah Superintendan, Zainudin Ahmad, berkata soal siasat terhadap anggota tentera berusia 35 tahun itu mendapati, air jampi itu diperoleh daripada seorang ustaz.

    "Suspek mendakwa anak perempuannya seorang yang degil dan tidak mendengar kata menyebabkan dia berjumpa ustaz untuk mengubati anaknya itu.

    "Dia mendapatkan air berkenaan untuk mengubati mangsa. Berikutan itu, kita merampas bekas air itu bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Suspek dan isterinya berusia 34 tahun iaitu ibu tiri mangsa ditahan reman selama tujuh hari sejak Jumaat lalu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mendapati, buah pinggangnya rosak, usus koyak dan tulang rusuk patah, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

    Sebelum itu, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Lukut, Port Dickson dan dibawa oleh bapa kandungnya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Air Jampi Untuk Nur Aina "