• Air Asia Sasar Penerbangan Terus Dari Kuching Ke Jakarta & Bangkok Tahun Ini

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menyasarkan penerbangan terus AirAsia dari Kuching ke Jakarta dan Kuching ke Bangkok beroperasi pada tahun ini.

    Menurut beliau, pihaknya mengharapkan agar operasi itu dapat bermula tahun ini bagi meningkatkan kemasukan pelancongan.

    "Kita mengharapkan agar kedua-dua penerbangan ini boleh beroperasi dalam tahun ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sarawak Dialog di sini sebentar tadi.

    Hadir sama dalam sesi dialog itu ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.- K! ONLINE
  • No Comment to " Air Asia Sasar Penerbangan Terus Dari Kuching Ke Jakarta & Bangkok Tahun Ini "