• Ahmad Lai Nafi Ada Masalah Kesihatan, Sedia Bertanding PRU14

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang menepis khabar angin yang mendakwa beliau tidak akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang atas faktor masalah kesihatan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ahmad Lai berkata khabar angin tersebut sengaja digembar-gemburkan oleh individu yang ingin melobi untuk kerusi parlimen Sibuti.

    "Majoriti pemimpin masyarakat dan rakyat di kawasan itu masih mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Sibuti, dan terpulang kepada kepimpinan parti untuk memutuskan," katanya

    Beliau turut mendakwa telah mendapat maklum balas yang positif dari di peringkat akar umbi untuk mengekalkan beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN).

    "Majoriti pemimpin masyarakat dan penduduk kampung telah menyatakan sokongan mereka kepada saya kerana mereka tahun saya mudah untuk didekati sekiranya mereka memerlukan apa-apa bantuan," jelasnya.

    Walabagaimanapun, beliau menegaskan akan mematuhi sebarang keputusan kepimpinan tertinggi BN bersedia untuk mempertahankan kerusi Sibuti sekiranya beliau diberi mandat untuk berbuat demikian. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Ahmad Lai Nafi Ada Masalah Kesihatan, Sedia Bertanding PRU14 "