• Ahli PBB Cadang Tambah DUN Baharu Bawah Parlimen Miri

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    Mohamad Bakar dan Hasnan Ahmad
    Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Miri mencadangkan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu menerusi wakil rakyat dari PBB di bawah kerusi Parlimen Miri.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Penerangan PBB Pujut Cawangan Adong, Mohamad Bakar berkata ketika ini kawasan DUN di bawah Parlimen Miri adalah Senadin, Piasau dan Pujut dimana dua daripadanya diwakili parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

    "Terdapat banyak ahli PBB di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Jika boleh, kami mahu kepimpinan tertinggi menghargai pelbagai aspek dan keperluan PBB untuk memiliki DUN baharu di bawah Parlimen Miri,"

    Beliau menegaskan PBB sudah mempunyai cawangan di Senadin, Pujut, dan Piasau serta beberapa cawangan kecil.

    Justeru beliau mencadangkan kerusi DUN Permyjaya diwujudkan kerana ramai ahli bertempat di kawasan tersebut.

    Sementara itu, salah seorang ahli PBB Hasnan Ahmad berkata sudah tiba masanya PBB diberi peluang untuk meletakkan wakil bumiptera di kawasan Miri.

    "Sekiranya PBB diberi peluang, tidak bermakna kami merampas kerusi SUPP tetapi sekurang-kurangnya terdapat wakil PBB untuk menjaga masyarakat Bumiputera di sini," katanya - Sarawakiana

  • No Comment to " Ahli PBB Cadang Tambah DUN Baharu Bawah Parlimen Miri "