• Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V Di Labuan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+


    LABUAN: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan mencemar duli merasmikan masjid bersempena dengan nama baginda pada Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 (SHWP2018) peringkat kawasan ini.

    Masjid Sultan Muhammad V yang terletak di Kampung Lajau di sini sebelum ini dikenali sebagai Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah.

    Sultan Muhammad V tiba di pekarangan masjid berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Ketibaan Seri Paduka turut disambut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail; Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Mustapha Merican dan Pengarah Eksekutif Pengurusan, Datuk Mohd. Mustafa Mohd.

    Dalam majlis itu, Seri Paduka menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian serta pengurniaan sumbangan kepada tabung masjid. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V Di Labuan "