• Agenda Kebajikan Tentera Dekat Di Hati Saya – Hishammuddin

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, agenda membela kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka serta askar veteran sentiasa menjadi keutamaannya.

    Keprihatinan Menteri Pertahanan itu mengambil kira moral anggota-anggota tentera banyak bergantung kepada kedudukan peribadi mereka dan keluarga.

    “Kita boleh arah mereka ke medan, kita boleh arah mereka buat segala-gala, mengorbankan keringat airmata dan darah untuk negara tetapi sebagai manusia biasa mereka juga memikirkan kedudukan anak-anak mereka, isteri, suami yang berada di rumah.

    “Sebab itu, selain memastikan kesiapsiagaan aset di tahap optimum, kita perlu memastikan kebajikan mereka,” katanya dala Program Bicara 4 Mata.

    Di bawah pimpinan Hishammuddin, sejumlah 76,771 orang anggota tentera telah menikmati kenaikan elaun dan gaji.

    Anak tentera pula tidak lagi menaiki trak 3 tan untuk ke sekolah tetapi bas sekolah berhawa dingin demi keselamatan dan keselesaan serta dilengkapi dengan skim insurans.

    Untuk agenda perumahan pula, kerajaan akan bina lebih 40,000 buah menjelang tahun 2030.

    “Benda-benda sekecil itu kita lihat, bukan setakat pesawat pejuang, kapal selam dan sebagainya. Tetapi benda-benda ini mampu menyentuh dan mencuit hati anggota-anggota dan keluarga mereka. Selepas saya pun agenda ini tidak berhenti di sini,” tambah beliau. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Agenda Kebajikan Tentera Dekat Di Hati Saya – Hishammuddin "