• Adakah Tun Dr Mahathir Mahukan Rakyat Cetuskan Kekacauan? - Tanya Salleh

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat bagi mengelak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan, adalah tidak kena pada tempatnya.

    Salleh berkata Najib bukan seorang diktator dan tidak akan melakukan perkara sedemikian dan perdana menteri tidak akan mengisytiharkan darurat hanya kerana ingin kekal berkuasa dengan mengelak PRU-14 daripada diadakan.

    "Bahkan, apa yang lebih nyata Dr Mahathir mahu memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri dalam 1993 tetapi gagal. Najib bukanlah seorang diktator dan akan mengambil tindakan seperti itu," katanya dalam catatan terkini di laman blognya sskeruak.blogspot.my, malam tadi.

    Tambahan pula, Salleh berkata faktor mengapa Dr Mahathir berkata Najib akan mengisytiharkan darurat kerana bekas Perdana Menteri itu menganggap Pakatan Harapan akan memenangi PRU-14.

    "Jika tidak berlaku kepada Mahathir, Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan akan memenangi PRU-14. Maka kenapa perlu mengisytiharkan darurat untuk Najib kekal berkuasa dengan mengelakkan PRU-14,?" katanya.

    Salleh berkata menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, "Najib tidak boleh mengisytiharkan darurat kerana beliau hanya boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong berbuat demikian dan Seri Paduka Baginda tidak semestinya mengikut nasihatnya."

    - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah Tun Dr Mahathir Mahukan Rakyat Cetuskan Kekacauan? - Tanya Salleh "