• Abdullah Bidas Tanggapan Serong Pihak Tertentu Terhadap PBB

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    Bagi yang tidak memahami struktur kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Saràwak yang sentiasa mengamalkan toleransi dan semangat ukhwah setiap ahlinya akan memberi tanggapan negatif kepada pihak yang cemburu dengan kejayaan pemuafakantan parti itu selama ini.

    Pada peringkat peralihan struktur kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi PBB sedang berjalan dengan lancar dan tenang dengan hanya Jawatan Naib Presiden di pertandingkan.

    Menurut Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, ada pihak berpandangan serong dengan mengatakan bahawa percaturan ini telah disusun dan tiada unsur demokrasi dalam pemilihan pemimpin.

    "Apakah mereka beranggapan bahawa ketenangan, keakraban dan ciri bertolak ansur yg realitinya wujud dlm PBB tidak tulin?

    Persepsi Jahil dan Jahat sebegitu hanya wujud dalam akal dan jiwa orang yg suka melihat suasana perpecahan, berburuk sangka dan kacau bilau," katanya.

    Perhimpunan Agung PBB kali ini akan menyaksikan Pemerkasaan Halatuju dan Perjuangan masa depan parti melalui agenda pembangunan yang dilakar oleh Presiden Parti yang juga Ketua Menteri Sarawak yg baru.

    Beliau berkata, falsafah politik dlm PBB yang berasaskan budaya kesefahaman, perpaduan dan toleransi bukan dapat dibentuk dalam masa yang singkat.
    Ia terbina melalui proses teliti pembinaan jatidiri dan pemahaman sejarah PBB hasil kerjasama dan kemesraan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PBB yg lama dan muda.

    Katanya, kedua-dua sayap PBB, Bumiputera dan Pesaka sentiasa peka untuk tidak terlalu melampaui batas dalam berbicara sesuatu yg mungkin menguris atau menyentuh sensitiviti rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

    "Sifat pemimpin-pemimpin PBB yang berkiblat kearah semangat kekitaan dan kebal dalam setiap jiwa ahli PBB yang "tulen".

    "Apakah kenyataan ini hanya satu cerita dongeng atau retorik politik semata-mata untuk mengabui kelemahan Parti PBB? Hanya mereka yang cemburu dengan keunggulan PBB akan terus beranggapan begitu," ujarnya

    Rekod menunjukkan keahlian Parti sentiasa bertambah dan kemenangan semua Calon PBB dan kedua-dua pilihanraya.

    Katanya lagi, kita tidak akan berani mengatakan bahawa Parti PBB adalah sebuah parti politik yg sempurna.

    "Kita mungkin ada kelemahan tapi itu bukan salah parti kerana keutuhan dan kecemerlangan Parti PBB terletak pada keperibadian, keiklasan dan kejujuran setiap ahli2 parti terutama pemimpin2 di peringkat tertinggi Parti yang harus menjunjung Kedaulatan dan Perjuangan parti," katanya.

    Abdullah yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri ( Ehwal Korporat) berkata, pemimpin parti samada di peringkat Pusat, Cawangan dan Ranting mesti menunjukkan Kesungguhan untuk berkhidmat. Kerajinan bekerja dan Keberanian utk bersuara demi kepentingan rakyat.

    "Secara amnya, rakyat akan rasa meluat dan menyampah dengan mana-mana pemimpin politik yang bersifat "feudal atau kebangsawanan", malas dan tiada intergriti," tegasnya.

    Perhimpunan PBB pada kali ini juga akan menyaksikan ramai pemimpin baru dan muda termasuk di kalangan Wanita yang akan berkampung selama 3 malam di Kuching untuk menyaksi dan mendengar amanat Presiden baru PBB tentang halatuju politik dan agenda pembangunan negeri. - Sarawakiana
  • No Comment to " Abdullah Bidas Tanggapan Serong Pihak Tertentu Terhadap PBB "