• 800 Wanita Daish Tawanan Perang

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: “Berdasarkan rekod maklumat dan risikan kita, memang benar ada 50 rakyat negara ini yang menyertai Daish dan masih berada di sana (Syria) namun tidak dapat dipastikan ada wanita Malaysia ditahan,” ujar Ketua Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan dakwaan kononnya terdapat wanita dan kanak-kanak ditahan pihak tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat di utara Syria seperti didakwa media asing.

    Kelmarin, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa mendakwa seorang wanita Malaysia antara 16 wanita dari Asia Tenggara ditahan selepas menyertai Daish di Syria.

    Dakwaan itu dikaitkan dengan laporan akhbar di Jerman, Die Weld yang menyatakan hampir 800 wanita asing dan kanak-kanak dipercayai anggota Daish ditahan tentera Kurdish.

    “Kita belum menerima butiran mengenai tangkapan rakyat kita dan sukar untuk mengesahkan sebarang penangkapan,” katanya.

    “Walaupun risikan mengesahkan ada lebih 50 rakyat kita berada di sana namun kita tidak mengetahui status terkini mereka sama ada ditahan atau masih bebas.

    “Ini disebabkan ada banyak kumpulan pasukan tentera tempatan berusaha memerangi Daish di negara itu termasuk menahan pengikut kumpulan militan terbabit,” katanya.

    Beliau berkata, 34 rakyat negara ini direkodkan terbunuh di Syria sejak Daish menguasai beberapa kawasan di sana pada awal tahun 2011 selain terbabit dalam beberapa pertempuran dan serangan bom.

    Beliau berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pasukan perisikan anti- pengganas di luar negara bagi mendapatkan kesahihan laporan tangkapan ke atas warganegara Malaysia.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 800 Wanita Daish Tawanan Perang "