• 64 Pelajar SK Nanga Bon Cuti Akibat Banjir

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    SIBU: Seramai 64 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bon terpaksa bercuti hari ini berikutan jalan menuju ke sekolah berkenaan dinaiki air setinggi 0.5 hingga 1 meter.

    Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikerahkan ke lokasi pagi tadi dan menyediakan trak bagi mengangkut murid dan guru ke sekolah itu.

    "Bagaimanapun, keadaan paras air yang agak dalam telah menyebabkan operasi tersebut terpaksa dibatalkan dan sekolah diarah tutup," katanya.

    Banjir mula melanda kawasan tersebut sejak semalam kerana fenomena air pasang besar diikuti dengan hujan lebat yang menyebabkan paras air lambat surut.-Sarawakiana
  • No Comment to " 64 Pelajar SK Nanga Bon Cuti Akibat Banjir "