• 6 Datuk, Datuk Seri Pelaburan Emas Dan Minyak Ditahan

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Polis menahan enam individu bergelar Datuk dan Datuk Seri yang terlibat dalam sindiket pelaburan Royal Gold dan ‘oil bunkering’ yang membabitkan kerugian mangsa mencecah RM27.5 juta, pada 26 Januari lalu.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, seramai 175 pelabur kerugian RM26 juta melalui pelaburan jongkong emas manakala enam lagi rugi sebanyak RM1.5 juta dalam pelaburan ‘oil bunkering’.

    “Modus operandi sindiket ini adalah dengan menawarkan mangsa menyertai skim pelaburan emas dan ‘oil bunkering’ dengan dijanjikan pulangan lumayan.

    “Pelaburan emas dijanjikan keutungan dua peratus sebulan manakala ‘oil bunkering’ dijanjikan sebanyak 15 peratus sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 6 Datuk, Datuk Seri Pelaburan Emas Dan Minyak Ditahan "