• 54 Ikan Lumba-lumba Terdampar Di Pesisir Pantai Mexico

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+


    BAJA CALIFORNIA SUR: Berpuluh-puluh ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai berbatu di sepanjang pantai negeri Baja California Sur di Mexico.

    Agensi persekutuan perlindungan alam sekitar melaporkan, 54 ekor mamalia laut tersebut terdampar dan terkandas di daratan di La Paz Bay.

    Bagaimanapun, 21 ekor mati manakala 33 yang lain berjaya diselamatkan.

    Agensi itu mengesahkan menerusi satu kenyataan pada Selasa bahawa kesemua ikan lumba-lumba ini dari kumpulan ikan lumba-lumba yang kecil.

    Pakar marin percaya bahawa kumpulan ini berkemungkinan diserang oleh sekumpulan ikan lumba-lumba bottlenose yang menyebabkan mereka terdampar di daratan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " 54 Ikan Lumba-lumba Terdampar Di Pesisir Pantai Mexico "