• 5 Mangsa Termasuk Bayi Selamat Dalam Kemalangan Kendiri

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 February 2018
    A- A+



    MIRI: Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang terjadi kepada lima sekeluarga apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di jalan Permai Jaya Kuala Baram di sini hari ini.

    Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 5.00 petang tadi, kenderaan jenis Myvi yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan Permai Jaya dekat sini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kesemua mangsa termasuk seorang bayi terselamat dan berjaya mengeluarkan diri hasil bantuan dari orang awam.

    Katanya, pihak Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sementara menunggu pihak perubatan tiba.

    "Bomba telah memastikan keadaan kenderaan bebas dari sebarang punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran," jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " 5 Mangsa Termasuk Bayi Selamat Dalam Kemalangan Kendiri "