• 4 Remaja Cedera Ditembak Di Perancis

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+
    CALAIS: Empat pendatang asing yang masih remaja berada dalam keadaan kritikal akibat terkena tembakan selepas terbabit dengan pertempuran membabitkan ratusan pendatang Afghanistan dan Eritrea, di sini.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, empat remaja Eritrea berusia antara 16 hingga 18 tahun itu kini berada di hospital untuk rawatan lanjut.

    Pejabat pendakwa tempatan dalam satu kenyataan berkata, sekurang-kurangnya 13 orang lagi cedera akibat dipukul dengan batang besi.

    Pertempuran selama hampir dua jam itu berlaku di selatan Calais, membabitkan pendatang yang sedang beratur untuk menerima bantuan makanan.

    Kejadian kedua kemudian berlaku di sebuah tapak perindustrian, kira-kira lima kilometer dari lokasi pertama, membabitkan lebih 100 pendatang Eritrea dan 20 pendatang Afghanistan.

    "Polis terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan 20 pendatang Afghanistan itu daripada terus dibelasah oleh 150 hingga 200 pendatang Eritrea," kata pendakwa.

    Sementara itu Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb menerusi Twitter berkata, beliau akan berlepas ke lokasi kejadian menggunakan helikopter hari ini dan mungkin bermalam di sana. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Remaja Cedera Ditembak Di Perancis "