• 4 Negara Bincang Alternatif Kepada BRI

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    SYDNEY: Australia, Amerika Syarikat (AS), India dan Jepun dalam perbincangan untuk memperkukuhkan skim infrastruktur serantau sebagai alternatif kepada Inisiatif Belt and Road (BRI), menurut Laporan Kewangan Australia pada hari ini.

    Sumber dipetik sebagai berkata, pelan perancangan yang membabitkan empat negara serantau itu masih baharu dan belum cukup 'matang' untuk diumumkan ketika kunjungan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull ke AS, minggu lalu.

    Pegawai itu berkata, projek berkenaan antara agenda yang dibincangkan Turnbull dengan Presiden AS, Donald Trump ketika lawatan itu dan ia dibincangkan sedang dibincangkan secara serius.

    Sumber itu turut menambah, pelan berkenaan adalah sebagai 'alternatif' dan bukan dianggap saingan kepada BRI.

    "Tiada siapa yang mengatakan China tidak seharusnya membangunkan infrastruktur," kata sumber itu.

    Bagaimanapun, wakil Turnbull, Menteri Luar Australia, Julie Bishop dan Menteri Perdagangan Australia, Steven Ciobo tidak memberikan sebarang maklum balas.

    -REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Negara Bincang Alternatif Kepada BRI "