• 4 Lelaki Ditangkap Curi Pasir Di Sungai Sebako Besar

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    LUNDU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya menggagalkan kegiatan mencuri pasir setelah menahan tiga lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia di sebuah atas sebuah kapal tunda di Sungai Sebako Besar, Sematan di sini kelmarin.

    Keempat-empat suspek ditangkap pukul 8.30 malam ketika sedang mengorek pasir di atas sebuah kapal tunda di sungai berkenaan.

    Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, tangkapan tersebut dibuat pasukan daripada Unit Risikan Marin (URM) terdiri daripada seorang pegawai dan tiga anggota.

    Katanya, ketika diperiksa, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan lesen kapal dan peralatan digunakan untuk mengorek pasir.

    “Justeru, kita merampas kira-kira 350 tan pasir dipercayai dicuri bersama kapal tunda, ‘barge’ dan kren,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Katanya, laporan polis berhubung tangkapan itu telah dibuat semalam, manakala suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE



  • No Comment to " 4 Lelaki Ditangkap Curi Pasir Di Sungai Sebako Besar "