• 3,477 PATI Sudah Diusir Dari Sabah Tahun Ini

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+
    SANDAKAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengusir 3,477 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Sabah sepanjang dua bulan pertama tahun ini.

    Jumlah itu termasuk 441 PATI warga Filipina berusia antara sebulan hingga 63 tahun yang dihantar pulang dengan kapal ke Zamboanga di selatan negara jiran itu melalui Pelabuhan Sandakan di sini, malam tadi.

    Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad, berkata pengusiran kesemua PATI berkenaan dilaksanakan melalui 10 proses penghantaran.

    "Dalam tempoh terbabit, seramai 80 PATI, termasuk warga Pakistan dan China, dihantar pulang melalui pengangkutan udara.

    "Baki 3,397 pula adalah PATI warga Filipina dan Indonesia yang diusir melalui laluan laut," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

    Rodzi berkata, jumlah PATI diusir dari negeri ini sejak tahun lalu hingga kini mencecah 15,449 orang.

    Dalam tempoh 1990 hingga malam tadi pula, katanya, jumlah PATI diusir dari Sabah meliputi yang pulang secara sukarela ialah 568,022 orang.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, penghantaran pulang itu adalah komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kehadiran PATI di Sabah. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 3,477 PATI Sudah Diusir Dari Sabah Tahun Ini "