• 3 Wartawan Turki Dipenjara Seumur Hidup

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    ISTANBUL: Mahkamah Turki, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tiga wartawan terkenal kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan yang didakwa melakukan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.

    Hukuman berkenaan dianggap satu keputusan yang menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara di bawah pentadbiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

    Agensi berita kerajaan, Anadolu berkata, tertuduh Nazli Ilicak dan adik beradik Mehmet dan Ahmet Altan, semuanya wartawan veteran dan penulis dipenjarakan seumur hidup dalam satu perbicaraan di Istanbul atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan haram, pimpinan ulama Fethullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

    Hukuman sama dijatuhkan terhadap tiga suspek lain.

    Semua didapati bersalah dalam cubaan merampas kuasa perlembagaan di Turki.

    Gulen yang mengukuhkan pengaruh besarnya di Turki menerusi media massa, pendidikan dan kepentingan perbankan sebelum bertelagah dengan pihak berkuasa pada 2013, namun menafikan sebarang kaitan dalam cubaan rampasan kuasa itu. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Wartawan Turki Dipenjara Seumur Hidup "