• 3 Termasuk Remaja Ditangkap Tidak Sampai 24 Jam Curi Rim Kereta

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    SERIAN: Tiga lelaki termasuk seorang remaja berjaya dicekup dalam tempoh tidak sampai 24 jam mencuri rim kereta di Kampung Sungai Tangga di sini, semalam.

    Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan berusia 17 hingga 34 tahun ditangkap dalam serbuan di kediaman mereka kira-kira pukul 5.30 petang.

    Katanya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bertindak membuat serbuan setelah menerima laporan dan mendapat maklumat tentang pembabitan suspek dalam kes berkenaan.

    “Dalam serbuan itu, polis berjaya menjumpai semula rim kereta yang dilaporkan hilang dan merampas peralatan digunakan untuk mencuri.

    “Sebelum ini, dua laporan polis dibuat berkaitan kes kecurian rim kenderaan termasuk kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada pukul 6.00 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini pagi ini.

    Tambahnya, ketiga-tiga suspek akan dipohon reman hari ini bagi siasatan lanjut.-UTUSAN ONLINE

  • No Comment to " 3 Termasuk Remaja Ditangkap Tidak Sampai 24 Jam Curi Rim Kereta "