• 3 Sahabat Sesat Ketika Memancing Berjaya Ditemui

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+



    SRI AMAN: Tiga remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Ulu Sungai Suai, Engkilili semalam berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini.

    Semalam, tiga sahabat yang berasal dari Rh Tengak Basi Eli Lemanak, Engkilili dekat sini yang pergi memancing pada jam 1.30 tengahari gagal pulang ke rumah sehingga jam 4.52 petang menyebabkan salah seorang bapa mangsa membuat laporan Polis.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, hasil perbincangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sri Aman, pasukan-pasukan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama berkumpul di Balai Polis Engkilili untuk menyalurkan maklumat dan pembahagian kawasan pencarian.

    Katanya, operasi pencarian ketiga-tiga mangsa telah bermula pada jam 9.40 pagi tadi dengan menggunakan bot ke hulu sungai sejauh satu kilometer dan di kawasan hutan dengan radius pencarian dua kilomter dari mangsa tempat dilaporkan hilang.

    “Ketiga-tiga mangsa telah berjaya ditemui selamat dan keletihan oleh penduduk kampung pada jam 10:05 pagi hari ini pada jarak radius 3 kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

    “Mangsa dipercayai telah sesat di dalam hutan dan tidak dapat menemui jalan keluar sehingga menyebabkan mereka bermalam di tempat tersebut,” katanya.

    Mangsa dikenali sebagai James Jelai Adam,18, Anthonio Lumbeng Joseph,19 dan Cassey Tony, 19. – Sarawakiana
  • No Comment to " 3 Sahabat Sesat Ketika Memancing Berjaya Ditemui "