• 24 Daripada 27 Pusat Pemindahan Telah Ditutup

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 10 February 2018
    A- A+



    SERIAN, 10 FEBRUARI 2018 - Sehingga kini, sebanyak 24 daripada 27 buah pusat pemindahan telah ditutup ekoran banjir yang telah melanda sejak 3 Februari yang lalu.

    Formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia telah membantu rakyat di bahagian Samarahan, Serian dan Sri Aman dalam membekalkan keperluan logistik seperti makanan, perubatan dan tenaga kerja kepada mangsa banjir.

    Pasukan daripada Formasi 3 Briged iaitu 13RAMD, 3KPD, 4KAD dan Tim Kesihatan 3 Briged telah mengembling tenaga dalam membantu mangsa banjir selama 8 hari. Seramai 3,481 mangsa yang telah dicatatkan, kini jumlah tersebut telah menurun kepada 533 mangsa. Penurunan ini adalah berpunca daripada faktor cuaca dan kadar paras banjir yang semakin surut.

    Tim Kesihatan 3 Briged yang diketuai oleh Kapt (Dr) Vinodkumar Manogaran dari unit 10 RRD telah diaturgerakkan di SK Tanah Puteh bagi membantu mangsa yang masih kekal di pusat pemindahan. Hasil daripada aturgerak tersebut, Tim Kesihatan 3 Briged telah melaksanakan perkhidmatan rawatan perubatan, kepada 70 mangsa banjir, 21 orang mangsa mendapat rawatan pergigian dan 20 orang mendapat suntikan vaksinasi.

    Walaubagaimanapun, Formasi 3 Briged akan terus siap siaga dalam dalam membantu mangsa banjir yang masih berada di 3 buah pusat pemindahan iaitu SK Tanah Puteh, Dewan Masyarakat Serian dan Dewan Serbaguna Kg Melayu Balai Ringin sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
  • No Comment to " 24 Daripada 27 Pusat Pemindahan Telah Ditutup "