• 23 Sekolah Ditutup

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUCHING : Jumlah mangsa banjir di Sarawak kembali meningkat shingga 8 pagi, hari ini selepas menunjukkan penurunan petang semalam.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan 3,103 mangsa daripada 830 keluarga ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga bahagian negeri ini.

    Daripada jumlah itu, Kota Samarahan mencatat jumlah tertinggi dengan 1,840 mangsa daripada 481 keluarga yang berpindah di sembilan PPS.

    Bahagian Serian pula mencatat 1,038 mangsa daripada 281 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS manakala di Bahagian Mukah pula tiga PPS masih aktif dan menempatkan 225 mangsa daripada 68 keluarga.

    Sembilan PPS di Kota Samarahan ialah Dewan Pembangunan Sebuyau yang menempatkan 64 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin (578), Masjid Kampung Seruyuk (328), SK Haji Kelali Semera (184), Dewan Suarah Kota Samarahan (47), Pusat Sumber Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sadong Jaya (215) dan SK Kampung Mang (108), Dewan Masyarakat Kampung Segali (79) dan Kompleks Sukan Asajaya (225).

    Lapan PPS di Bahagian Serian pula ialah Dewan Betong Kenawit (16), Dewan Lintang Baru Panchor (210), SK Samarahan Estate (172), Surau Hadhari Kampung Rimba Padi (93), Gereja St PeterKampung Sok (86), Dewan Kampung Slabi Entukuh (26), Dewan Masyarakat Serian (183) dan SK Tanah Puteh (252).

    Bilangan mangsa banjir di tiga PPS di Bahagian Mukah juga masih kekal iaitu SK Parish Balingian yang menempatkan 104 mangsa, Dewan Masyarakat Kampung Kuala Balingian (82) dab Dewan Suarah Mesra Mukah yang hanya menempatkan tiga mangsa.

    Sementara itu, jumlah sekolah yang tidak dapat beroperasi hari ini meningkat kepada 23 termasuk satu sekolah menengah.

    Berikutan itu, 3,865 murid di 23 sekolah terbabit bercuti hari ini.

    Ia membabitkan enam sekokah di Mukah, Dalat (5) Padawan (2), Serian (4), Kota Samarahan (3), Selangau (1), Bintulu (1) dan Sibu (1).

    Sekolah terbabit ialah SK Klid/Plajau yang mempunyai 59 murid, SK St John Medong (259), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hua (175), Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat (870) dan SK St Bernard (152).

    Turut ditutup, SK Nanga Selangau (337), SK Kuala Kenyana (35), SK Kampung Jebungan (153), SK Kampung Sau (62), SK Kampung Teh (125), SJKC Ek Hua (82) dan SK Penakup Ulu (80).

    Sekolah lain yang ditutup ialah SK St Dunstan Padawan (61), SK St Swithun (88), SK Pengkalan Sarah Serian (68), SK Sumpas (24), SK St Teresa Serian (319), SK Tanah Puteh (86), SK Sungai Siong Tengah Sibu (87), SK Chung Hua Semera (57), SK Kampung Melayu (245), SK St John Samarahan (142) dan SK Ulu Segan Bintulu (299).

    Sementara itu, enam sekolah dijadikan sebagai PPS iaitu SK Haji Bujang Rangawan Putin, SK Mang, SK Haji Kelali, SK Samarahan Estate, SK Parish Balingian dan SK Tanah Puteh Serian.-myMetro
  • No Comment to " 23 Sekolah Ditutup "