• 22 Dasar Bukti Abang Jo Bekerja Untuk Rakyat

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Pembangkang di Sarawak sudah hilang modal politik terutama Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk melemahkan pentadbiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Dengan mendakwa Abang Johari bercakap kosong hanyalah permainan poltik lemah yang mendedahkan kredibiliti pembangkang yang tidak mempunyai isu kuat untuk melancar kempen politik.

    Pembangkang seperti DAP Sarawak pada hakikatnya tidak mengikuti perkembangan semasa dan tidak pernah peduli apa yang menjadi dasar terbaik kerajaan untuk kebaikan rakyat secara menyeluruh.

    Abang Johari selepas setahun menjadi Ketua Menteri memperkenalkan 22 dasar dan inisiatif.

    Kesemua dasar tersebut memberi kepentingan kepada setiap lapisan rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama.

    Ternyata Abang Johari tidak bercakap kosong selama ini kerana apa yang menjadi dasar dan inisiatif Abang Johari telah pun digerakkan dan dakwaan pembangkang hanya berpolitikkan auta dan bukan fakta sebenar.

    Ini disebabkan pembangkang sudah hilang modal politik dan hanya berharap isu kitar semula yang diketahui fitnah yang tidak akan memberi kesan kepada rakyat untuk mempercayainya untuk kedua kali.

    Sudah tiba masanya rakyat negeri ini bertindak rasional untuk tidak mempercayai bulat-bulat dakwaan pembangkang yang sebenarnya tidak menguntung rakyat kerana Abang Jo dan Barisan Nasional (BN) Sarawak lebih jauh kehadapan untuk membela rakyat yang berbilang kaum negeri ini.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 22 Dasar Bukti Abang Jo Bekerja Untuk Rakyat "