• 200 Penduduk Rumah Panjang Nyipak Tinggal Sehelai Sepinggang

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    BINTULU: Sebanyak 36 daripada 63 pintu Rumah Panjang Nyipak Jalan Sebauh Pandan dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

    Kebakaran tersebut menyebabkan 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 9.32 malam tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju dikerahkan ke lokasi kejadian.

    Menurutnya, kebakaran bermula di pintu rumah kesembilan sebelum merebak dengan pantas kebahagian lain rumah panjang tersebut.

    "Kesemua penghuni sempat menyelamatkan diri namun harta benda tidak sempat diselamatkan.” katanya.

    Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " 200 Penduduk Rumah Panjang Nyipak Tinggal Sehelai Sepinggang "