• 2 PATI Kerja Ladang Sayur Ditahan Di Sempadan

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Dua lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bekerja di sebuah ladang sayur di Serian ditahan di sempadan Malaysia – Indonesia pagi semalam.

    Penahan dibuat anggota tentera dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) kira-kira jam 8.00 pagi semalam ketika dua individu berkenaan berjalan menuju ke pagar Ladang Sawit Pak Langi, iaitu 200 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

    Jurucakap 11RAMD berkata, hasil siasatan keatas dua PATI tersebut, mereka dipercayai ingin pulang ke kampung di Sambas, KALBAR, Indonesia setelah selesai bekerja di Ladang Sayur di Serian.

    “Pemeriksaan awal mendapati mendapati dua orang warga Indonesia tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

    “Suspek ditahan dilokasi yang sama dengan tangkapan pada 12 Feb 2018 yang lalu,” ujarnya

    Katanya, PATI tersebut telah ditahan atas kesalahan menggunakan jalan yang tidak dibenarkan

    “Laporan berhubung penahan itu telah dibuat di Balai Polis Lundu dan seterusnya suspek diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya, “ katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " 2 PATI Kerja Ladang Sayur Ditahan Di Sempadan "