• 2 Maut Kemalangan Menjelang Malam Tahun Baru Cina

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 February 2018
    A- A+
    SRI AMAN: Dua lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang SALCRA Pakit, dekat sini, pada malam menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian apabila kereta Produa Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Produa Kenari yang datang dari arah bertentangan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kereta Kancil mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, dua mangsa yang berada di dalam kereta tersebut tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan.

    "Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat rescue tool sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya

    Sementara itu, katanya, dua lagi yang menaiki kereta Produa Kenari hanya mengalami cedera ringan dan telah di hantar ke hospital menggunakan ambulan kesihatan.

    Mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Achi Manggi dan Shaufik Fazrul George. - Sarawakiana

  • No Comment to " 2 Maut Kemalangan Menjelang Malam Tahun Baru Cina "