• 2 Lelaki Ditahan Seludup Minyak Diesel & Minyak Sawit Mentah Di Bintulu

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+


    BINTULU: Dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 40 tahun ditahan sepasukan anggota polis marin dalam satu operasi yang dijalankan malam kelmarin.

    Dalam kejadian sekitar jam 9.15 malam itu kedua-dua suspek berkenaan ditahan dalam sebuah kapal perindustrian di Sungai Kemena.

    Ketua Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bintulu Salihin Den berkata, lelaki-lelaki berkenaan ditahan selepas pemeriksaan yang dijalankan ke atas kapal berkenaan dan menemui sejumlah 10,000 liter minyak diesel dan minyak sawit mentah yang dianggarkan bernilai RM20,000 disembunyikan di bahagian bawah kapal bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

    Menurutnya, daripada hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati minyak berkenaan adalah untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

    “Minyak diesel dan minyak sawit mentah masing-masing sebanyak 5000 liter yang disembunyikan adalah untuk pasaran tempatan.

    “Bagaimanapun, pihak kami akan melakukan siasatan terperinci bagi mengetahui dalang di sebalik kegiatan penyeludupan itu.” katanya.

    Jelas beliau, jika sabit kesalahan katanya, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda hingga RM1 juta dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.-Sarawakiana


  • No Comment to " 2 Lelaki Ditahan Seludup Minyak Diesel & Minyak Sawit Mentah Di Bintulu "