• 2 Beradik Bunuh Diri Akibat Permainan Blue Whale

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    KEMATIAN dua beradik yang masih remaja dipercayai akibat terjun dari tingkat 10 bangunan pangsapuri yang mereka diami, telah dikaitkan dengan permainan `bunuh diri’ dikenali sebagai Blue Whale.

    Mayat Maria Vinogradova, 12,dan kakak tirinya, Anastasia Svetozarova, 15, ditemui di atas jalan bersalji di Izhevsk.

    Maria sebelum ini dikatakan mengalami kemurungan selepas ibunya membawa dia menemui pakar sakit puan selepas dia menjalinkan hubungan dengan seorang budak lelaki dikenali sebagai Dmitry.

    Manakala Anastasia juga dikatakan turut mengalami kemurungan. Beberapa saat sebelum meninggal dunia, Maria telah memuatnaik gambar teman lelakinya dengan kapsyen:

    “Tolong maafkan aku. Aku sayangkan kau. Aku tahu kau akan temui orang lain yang lebih baik daripada aku,’’ katanya.

    Sementara Anastasia pula merakamkan video dengan kata-kata “Selamat tinggal kepada semua. Aku sayangkan kamu,’’.

    Berikutan itu, polis kini sedang memeriksa telefon dan komputer milik kedua-dua remaja berkenaan untuk mengetahui apa yang mendorong mereka membunuh diri.

    Permainan Blue Game itu merupakan mainan dalam talian yang cuba memanupulasi pemikiran remaja dengan mendorong mereka membunuh diri. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Beradik Bunuh Diri Akibat Permainan Blue Whale "