• 177 Mangsa Banjir Bintulu Kembali Ke Rumah Masing- masing

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+



    BINTULU: Seramai 177 mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Suarah telah kembali ke rumah masing-masing pada pagi ini.

    Susulan itu pusat pemindahan tersebut telah ditutup pada jam 9.00 pagi ini.

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan, mangsa berkenaan melibatkan 57 keluarga terdiri dari 138 orang dewasa dan 39 kanak-kanak.

    “Mangsa kesemuanya 177 orang berasal dari penempatan Sungai Plan, Sungai Sebatang Batu 5 dan Sibiew Cina,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " 177 Mangsa Banjir Bintulu Kembali Ke Rumah Masing- masing "