• 17 pelajar di sekolah tinggi Florida maut ditembak

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+
    WASHINGTON: Seorang pelajar dibuang sekolah diberkas pada Rabu selepas membunuh 17 orang dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Florida, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

    Syerif Broward County, Scott Israel, memberitahu media, 12 orang terbunuh dalam bangunan sekolah, 2 di luar premis itu, seorang di sebatang jalan raya berhampiran manakala 2 lagi di hospital akibat kecederaan.

    Insiden tembakan itu berlaku di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, Parkland di utara Miami.

    Pihak sekolah berkata insiden berlaku ketika pelajar dibenarkan pulang.

    Penembak dikenal pasti sebagai Nikolaus Cruz, seorang pelajar berusia 19 tahun dibuang sekolah itu.

    Dia diberkas sejurus selepas insiden tembakan dan senapang separuh automatik Colt AR-15 ditemui di lokasi kejadian.

    “Doa dan ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa insiden tembakan dahsyat di Florida. Tidak ada kanak-kanak, guru atau sesiapa sahaja yang harus berasa tidak selamat ketika berada di sebuah sekolah di bumi Amerika,” kata Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

    Parkland baru-baru ini disenarai sebagai antara 10 bandar paling selamat di Florida.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " 17 pelajar di sekolah tinggi Florida maut ditembak "