• 1.6 Tan Syabu Dalam Guni Beras

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.6 tan dadah jenis methamphetamine atau syabu yang disembunyikan dalam kapal mengibarkan bendera Singapura, rampasan kedua terbesar bulan ini.

    Menurut kastam Indonesia, kapal itu dikesan antara Sumatera dan Singapura lalu dilaporkan kepada polis.

    Usaha menggeledah kapal menemukan sejumlah besar dadah yang disembunyikan dalam 81 kampit beras.

    Empat kru Taiwan ditahan, termasuk lelaki berusia 69 tahun.

    "Kami kini menimbang dadah dan menyoal siasat empat kru Taiwan itu," kata jurucakap agensi cukai dan kastam, Deni Sirjantoro.

    Pihak berkuasa Indonesia sudah lama memburu kapal itu kerana kerana disyaki menyeludup dadah ke Australia, malah ia mungkin mengibarkan bendera negara berbeza untuk mengelak ditahan.

    Awal bulan ini, tentera laut Indonesia merampas 1.3 tan dadah yang sama dan dari sebuah kapal membawa empat kru Taiwan dekat Batam, juga mengibarkan bendera Singapura.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 1.6 Tan Syabu Dalam Guni Beras "