• 15 Minit Kutip Cebisan Otak

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    Polis dan anggota peronda Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengutip cebisan otak mangsa kemalangan maut di Kilometer 226.5 lebuh raya itu di Rembau, malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Mohd Haziq Haikal Yahaya, 20, yang menunggang Honda EX5 dari arah Melaka ke Senawang, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas digilis beberapa kenderaan.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Kundur Hulu, Rembau dipercayai melanggar belakang kenderaan sebelum dia terjatuh di atas jalan.

    "Mangsa kemudian dipercayai digilis beberapa kenderaan lain yang datang dari arah belakang yang tidak sempat mengelak. Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan pada kepala selain kedua-dua tangannya patah.

    "Pihak polis bersama beberapa anggota peronda PLUS mengambil masa 15 minit untuk mengutip cebisan otak mangsa di atas jalan kerana keadaan lokasi kejadian yang gelap," katanya di Rembau, hari ini.

    Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

    Katanya, pihaknya juga sedang mengesan kenderaan yang dipercayai dilanggar mangsa sebelum dia terjatuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 15 Minit Kutip Cebisan Otak "