• 11 maut kebakaran di pusat kebajikan warga emas Jepun

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    gambar hiasan


    TOKYO:  Sebanyak 11 orang maut manakala lima lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran di sebuah pusat kemudahan kebajikan orang tua, di utara Jepun malam tadi.



    Menurut stesen penyiaran NHK, sebanyak 16 orang warga emas tinggal di premis tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu di Sapporo itu.



    Sebanyak tiga mangsa yang selamat berumur antara 50-an dan 80-an kini dirawat di hospital berhampiran dan keadaan mereka dilapor tidak serius. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " 11 maut kebakaran di pusat kebajikan warga emas Jepun "