• 11 Jatuh Sakit Selepas Buka Sampul Tercemar

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    WASHINGTON: Seramai 11 orang termasuk pegawai tentera dilaporkan jatuh sakit selepas membuka sampul surat yang mengandungi bahan tidak dikenal pasti di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dekat sini hari ini.

    Angkatan Tentera Marin AS berkata, insiden yang berlaku di Pangkalan Bersama Myer-Henderson Hall itu mengakibatkan bangunan di kawasan berkenaan terpaksa dikosongkan.

    “Kami sedang bekerjasama dengan pasukan HAZMAT dan FBI. Beberapa orang pegawai Marin sedang menerima rawatan akibat daripada insiden berkenaan.

    “Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 11 Jatuh Sakit Selepas Buka Sampul Tercemar "