• 1,000 pelancong terkandas, taufan landa New Zealand

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    WELLINGTON : Hampir 1,000 pelancong dilaporkan terkandas di Teluk Emas di sini selepas saki baki Taufan Gita melanda rantau itu.

    Menurut pihak berkuasa, mereka sedang menimbangkan kemungkinan untuk menghantar feri bagi mengeluarkan semua pelancong dari pulau terpencil terbabit kerana lebuh raya utama terhalang sepenuhnya akibat tanah runtuh.

    Bekalan elektrik juga dilaporkan terputus di beberapa kawasan dan menjejaskan ribuan kediaman penduduk.

    Taufan Gita yang dikategorikan sebagai taufan kelas 5 minggu lalu menyebabkan kemusnahan besar kepada Tonga dan Samoa.

    Walaupun semakin melemah, kekuatannya masih berupaya menyebabkan kerosakan ketika melanda negara ini malam tadi bersama kelajuan angin 140 kilometer sejam (kmh) dan hujan lebat.

    Tujuh majlis perbandaran termasuk Christchurch turut membuat pengisytiharan darurat berikutan keadaan dijangka bertambah buruk.

    Namun laporan yang diterima setakat ini menyatakan keadaan tidak seburuk yang disangka. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 1,000 pelancong terkandas, taufan landa New Zealand "