• Zidane Jurulatih Terbaik Perancis

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    PARIS: Real Madrid mungkin menamatkan tahun lalu dengan pencapaian buruk namun pengendalinya, Zinedine Zidane tetap cemerlang apabila dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Perancis 2017 selepas mengetuai kelab itu menjuarai saingan La Liga dan Liga Juara-Juara.

    "Saya mahu buktikan yang saya mampu tampil sebagai jurulatih yang baik dalam situasi sukar," kata Zidane.

    Real kini mengharungi detik sukar apabila berada di tangga keempat La Liga, 16 mata ketinggalan di belakang pendahulu, Barcelona dan mengakhiri 2017 dengan kekalahan 3-0 kepada kelab Catalan itu dalam aksi El Clasico.

    Semalam, Real terikat 2-2 dengan Celta Vigo.

    "Ya, saya akui situasi bahaya namun saya tidak akan berubah. Saya sedar di depan saya adalah pemain terbaik yang mampu ikut arahan saya.

    "Ada sesetengah orang berfikir segala-galanya sentiasa mudah buat saya tetapi ianya tidak benar. Sama ada bergelar pemain atau pun jurulatih, saya sentiasa akan bekerja.

    "Saya tidak akan dibayangi dengan apa yang saya pernah kecapi ketika bergelar pemain kelab ini. Zinedine Zidane bukan lagi pemain Real dan perkara itu tidak wujud lagi. Sekarang yang ada adalah Zinedine Zidane sebagai jurulatih yang mula mencipta karier." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Zidane Jurulatih Terbaik Perancis "