• Yingluck Sembunyi Di London

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang melarikan diri dari negara asalnya bagi untuk hukuman penjara kes subsidi beras yang menyebabkan kerugian berbilion dolar, dilapor berada di Britain.

    Kenyataan itu dibuat Menteri Luar Thailand selepas dua gambar yang mungkin memaparkan Yingluck tersebar di media sosial.

    Satu gambar menunjukkan Yingluck bergambar bersama seorang wanita memakai kot merah dengan keterangan mengatakan ia diambil di luar Harrods, London manakala gambar kedua menunjukkan Yingluck berada di pusat beli-belah Westfield, London.

    Polis Thailand meneliti gambar Yingluck bersama wanita dengan kot merah dan mengesahkan identiti Yingluck.

    Bagaimanapun, mereka belum mengesahkan identiti wanita dalam gambar yang diambil di Westfield. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Yingluck Sembunyi Di London "